Komen Semasa



Baucar Buku 1Malaysia


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Seperti yang kita sedia maklum baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan telah mengumumkan pengagihan baucar buku untuk semua pelajar IPT pada  dengan peruntukan RM 260 juta yang mensasarkan 1.3 juta pelajar institut pengajian tinggi di seluruh Malaysia.  Baucar berbentuk kertas tersebut diagihkan dalam bentuk RM 50 setiap keping dan setiap pelajar hanya akan mendapat 4 keping sahaja. Dipanjatkan rasa syukur, Alhamdullilah, setelah tiga bulan menanti, pada hari Rabu yang lepas (1 Februari 2012), saya dah pun berjaya menuntut baucar tersebut di Pejabat Bendahari UPM.

Bagi pelajar UPM khususnya, untuk mendapatkan baucar tersebut, hanya perlu menunjukkan kad pelajar dan kad pengenalan. Sekiranya kad pelajar telah rosak, perlulah buat kad baru. Walaubagaimanapun, sehingga kini terdapat beberapa isu yang masih lagi dan kontroversi, rasa seperti malas nak menyentuh sangat tetapi atas rasa tanggungjawab sebagai pelajar, terpanggil juga untuk memberi  pandangan.  


"Tetapi, seperti biasa, pelajar IPT di Malaysia ni agak pandai, jadi telah terdapat isu yang mana baucar RM 200 ditukar kepada wang kertas RM 150. Apapun, itu hak masing-masing."

Terdapat sesetengah pelajar menyalahgunakan kemudahan pemberian Baucer Buku 1Malaysia. Situasi ini telah menyebabkan kerajaan merasai serba salah dan kecewa dengan tindakan yang tidak wajar oleh sebilangan pelajar. Banyak masalah telah timbul. Polis kini sedang sibuk menyiasat selepas beberapa individu pelajar telah salah guna baucer dengan menukarkan kepada wang tunai. Kedai-kedai buku kecil terutama yang menawarkan apa-apa "perkhidmatan" untuk menukar baucar buku tunai bagi pelajar. Amaran telah diberikan kepada pelajar-pelajar tidak tunai baucar, atau risiko tindakan disiplin. Baucar itu diperolehi daripada dana awam. Sebagai pembayar cukai, kita perlu sentiasa menuntut tanggungjawab dari kerajaan dan orang-orang yang diamanahkan dengan penjagaan dana itu.

Tetapi, sebagai seorang pelajar, anda perlu tunai 1Malaysia baucar buku anda?



Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberi amaran akan merampas Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) daripada pelajar yang cuba menyalahgunakan baucar berkenaan termasuk menjualnya dengan potongan harga tertentu. Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pihaknya ada menerima aduan mengenai pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tidak memanfaatkan BB1M bernilai RM200 untuk membeli buku ilmiah, sebaliknya menjualnya kepada pihak ketiga.

"Namun, agak sukar kita memantau kes seumpama ini kerana bilangan yang melakukan kesalahan terbabit adalah kecil berbanding 1.3 juta yang layak menerima insentif berkenaan. Bagaimanapun, jika dapat kesan mereka, kita akan rampas baucar kerana tidak dimanfaatkan untuk tujuan yang dimaksudkan."


Untuk makluman, baucar yang telah dilanjutkan tarikh sehingga 30 April 2012 dan tidak boleh digunakan untuk dapatkan baucar tunai atau menjual baucar untuk mendapatkan tunai. Semua pun tahu baucar bantuan kerajaan ni tak boleh nak ditukar kepada tunai, maksudnya siswa dikehendaki beli buku. Jangan jadikan baucar buku 1Malaysia ni seperti Baucar Rakyat 1Malaysia yang perlu ditukar di bank bagi ambil duit tunai sebanyak RM 500.

   


Seterusnya, kedai buku yang menerima baucar tu, untuk mengelakkan berlakunya sebarang kejadian yang kurang menyenangkan bila anda hendak bayar, sebaik sahaja anda membeli buku di kedai-kedai buku menggunakan baucar tersebut, eloklah kiranya student pergi bertanya pada cashier terlebih dahulu samada beliau terima atau tidak baucar tersebut. 

Setakat ni, bagi kawasan Kuala Lumpur, beberapa kedai buku ternama menerima baucar tersebut antaranya termasuklah MPH Bookstore, Popular, dan BORDERS dan Kinokuniya Bookstore Suria KLCC. Sewaktu berurusan menukar ganti baucer buku tersebut, pastikan anda membawa Kad Pelajar dan Kad Pengenalan bagi proses pengesahan semasa proses pembayaran menggunakan baucar tersebut.

Selain itu juga, tahukah anda, selain dari membeli buku-buku akademik, anda juga boleh membeli sebarang buku yang anda minat, contohnya, Jika anda sebagai pelajar Komunikasi, dalam masa yang sama anda meminati buku ilmiah, mungkin boleh membeli buku-buku berunsur keagamaan, novel (seperti Gemersik Kalbu mahupun Ombak Rindu; apakah?) dan juga buku-buku rujukan motivasi lain.
Akan tetapi, menurut maklumat yang penulis temui, anda tak boleh menggunakan baucar tersebut untuk membeli majalah, peralatan elektronik dan sebagainya. 



Sila pastikan anda menjaga baucar yang diberikan dengan selamat kerana baucar yang rosak disebabkan terkena air, koyak ataupun terlipat mungkin menyebabkan baucar anda tidak sah lagi. Selain itu, pastikan anda tidak tersalah menulis nama dan nombor kad pengenalan (MyKAD) dalam ruangan yang tepat. Jika keadaan diatas berlaku, mungkin anda terlepas mendapat kemudahan ini.

Jika anda malas nak berkunjung ke bookshop tetapi tetap ingin membeli buku, tahukah anda bahawa Baucar Buku 1Malaysia boleh digunakan secara online di www.kedaibuku.com.my yang mana menawarkan perkhidmatan pembelian buku dengan amat berbaloi sekali. Yang penting, tanpa delivery charge.

Baiklah, hanya itu sahaja perkongsian untuk kali ini, sesiapa yang sudah mendapat baucer buku tersebut buat pertimbangan dengan bijak. . Baucar sudah selesai digunakan di Putaka Union, Alor Setar (jauh di Utara, kebetulan balik kampung waktu tersebut) . Cukup-cukup RM 199.60 untuk 5 buah buku.
Sekian.



__________________________________________________________________________________

Banjir di Kuala Lumpur





 
 

 
SESAK...kenderaan yang terkandas di Jalan Tun Razak.


Saya petik: 

[HM] KUALA LUMPUR: Ribuan kenderaan dan orang ramai terkandas di sekitar ibu kota akibat banjir kilat di beberapa jalan utama berikutan hujan lebat sejak lewat petang semalam.

Selain beberapa jalan utama di pusat bandar, turut dilaporkan kejadian pokok tumbang dan kemalangan kecil membabitkan kenderaan ringan akibat jalan dinaiki air.

Tinjauan Harian Metro mendapati, antara kawasan terjejas ialah Jalan Pudu, Jalan Istana, Jalan Bukit Bintang, Jalan P Ramlee dan beberapa kawasan di Ampang terutama Bukit Belacan dan Lembah Jaya dinaiki air sehingga ke paras pinggang akibat hujan lebat tanpa henti sehingga jam 9 malam tadi.

Jurucakap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, antara jalan yang terjejas teruk dalam kejadian banjir kilat ialah Jalan Travers, Jalan Bangsar-Mahameru, Jalan Silang manakala beberapa kawasan di Ampang termasuk Desa Pahlawan, Hiliran Ampang serta jalan Hulu Langat dinaiki air sehingga ke paras lutut.

Menurutnya, sebuah kereta dan motosikal terbabit kemalangan sebelum terhumban ke dalam longkang di hadapan Balai Polis Travers, bagaimanapun tiada kejadian yang tidak diingini berlaku kerana kedua-dua pemandu dan penunggang motosikal diselamatkan.

Katanya, pihaknya sudah menghantar skuad bantuan ke semua kawasan termasuk meminta bantuan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memutuskan bekalan elektrik di kawasan yang mengalami kejadian pokok tumbang seperti Jalan Silang bagi memudahkan proses pembersihan kawasan dijalankan.

Sementara itu, Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, hujan lebat di ibu kota menyebabkan Jalan Sultan Ismail ditutup kepada kenderaan ringan, namun kembali dibuka sepenuhnya mulai jam 10 malam tadi.

Beliau berkata, empat jalan utama mengalami kesesakan teruk sejak petang semalam iaitu Jalan Raja Chulan, Jalan Naga Sari, Jalan Dato’ Onn dan Jalan Sultan Ismail.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya sudah menggerakkan semua jentera bomba di kawasan terjejas teruk untuk menyalurkan bantuan bagaimanapun, sehingga kini tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat kejadian terbabit. -hm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan