Artikel

Artikel 

Tajuk              :           Teknik Ketika Mewawancara Bersemuka

Disediakan oleh :
Mazlan Bin Mansor, Norliza Binti Othman, Mohd. Haris Faruqi Bin Nor Rahim, Rohana Binti Ibrahim, Program Bacelor Komunikasi.

Abstrak

Saban hari kita akan membaca berita-berita dan rencana di surat khabar atau majalah. Kita juga mendengar berita di radio atau menonton siaran berita di televisyen. Pelbagai berita dan peristiwa disiarkan dan dilaporkan kepada kita melalui media massa. Siapakah yang melakukan tugas yang mulia ini? Sudah tentu ia dilakukan oleh wartawan dan wartawan penyiaran untuk media elektronik. Wawancara bersemuka adalah kaedah pengumpulan berita yang lebih berharga kerana ia mengambil masa yang tertentu, serta dapat meluangkan masa untuk beramah mesra dengan responden. Soalan-soalan kaedah wawancara secara  bersemuka asasnya boleh menjadi sukar, dan mengambil masa yang lama dan kos menghasilkannya. Kadar maklumbalas  biasanya adalah tinggi berbanding kaedah wawancara menggunakan telefon. Terutamanya jika sepucuk surat dihantar dengan kadar segera, menjelaskan tentang tujuan wawancara berstruktur itu. Tindak balas yang berat sebelah juga biasanya berkurangan kerana penolak-penolak biasanya terdiri daripada responden yang lebih kurang sama. Wawancara bersemuka adalah kaedah yang terbaik bagi soalan terbuka dan mendapatkan maklumat responden secara terperinci.

1.0              Pengenalan

Kejayaan sesuatu wawancara bersemuka bergantung kepada sejauhmana seseorang itu berjaya mendapatkan kerjasama sumber atau figura. Seseorang itu tidak mungkin mudah untuk meruangkan masa memberi keterangan kepada orang yang baru dikenali. Apatah lagi sekiranya perkara yang berkaitan merupakan sesuatu yang sensitif. Untuk mendapatkan keyakinan sumber atau figura bukanlah suatu perkara yang mudah sebab ia berkaitan dengan hubungan manusia. Pada kebiasaannya keyakinan ini memerlukan proses perhubungan yang agak lama, ia juga bergantung kepada kekerapan pertemuan antara dua pihak. Tugas pewawancara adalah mewujudkan suasana di selesa dapat menimbulkan keyakinan sumber atau figura demi untuk mendapatkan kerjasama sepenuhnya dalam jangkamasa yang singkat.

Terdapat beberapa kaedah bagi mendapatkan kerjasama sumber atau figura, cara mana yang sesuai adalah terpulang kepada kebijaksanaan dan pertimbangan pewawancara. Dari kajian yang dibuat keyakinan berkenaan dapat diwujudkan melalui seseorang yang dikenali oleh pewawancara. Perkenalan melalui orang tengah berkenaan lebih memudahkan tugas seseorang pewawancara. Dalam keadaan tertentu orang kedua ini merupakan insuran kepada pihak sumber atau figura baginya menaruh kepercayaan. Tidak semua orang mahu memberikan kerjasama mereka untuk menjadi sumber atau figura namun demikian melalui orang yang dikenalinya itu sumber atau figura akhirnya mahu memberikan kerjasama yang diperlukan. Maka itu dalam mengatur pertemuan dengan sumber atau figura sebaiknya adalah melalui seorang yang dikenali mungkin seorang kawan lama, anggota keluarganya atau melalui seorang yang berpengaruh di dalam kawasan yang berkaitan. Peranan orang kedua itu bukan saja akan menyenangkan tugas sumber atau figura bahkan antara faktor yang akan menentukan tahap kerjasama yang dicapai.


2.0       Definisi  Wawancara

Wawancara atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai interview, merupakan percakapan antara dua orang atau lebih dan berlangsung antara yang mewawancarai dan yang diwawancarai. Tujuan dari wawancara adalah untuk mendapatkan informasi dimana sang pewawancara melontarkan pertanyaan-pertanyaan untuk dijawab oleh orang yang diwawancarai.
            Wawancara (interview) telah diakui sebagai teknik pengumpulan data/fakta (fact finding) dan banyak dilakukan dalam pengembangan sistem informasi. Wawancara adalah salah satu teknik pengumpulan data secara tatap muka langsung dimana pewawancara (interviewer) secara interaktif melakukan tanya jawab dengan orang yang diwawancarai (interviewee). Dalam bidang jurnalistik wawancara menjadi salah satu cara mendapatkan informasi bahan berita. Wawancara biasanya dilakukan oleh satu atau dua orang wartawan dengan seseorang atau sekelompok orang yang menjadi sumber berita. Lazimnya dilakukan atas permintaan atau keinginan wartawan yang bersangkutan.Sedangkan dalam jumpa pers atau konferensi pers, wawancara biasanya dilaksanakan atas kehendak sumber berita.
Definisi wawancara adalah “suatu proses komunikasi diadik relasional dengan tujuan yang serius dan ditetapkan terlebih dulu yang dirancang untuk mempertukarkan perilaku dan melibatkan  `soal jawab’ atau singkatkatnya “suatu percakapan berdasarkan suatu maksud”. Namun definisi tersebut agak terhad, kerana wawancara membatasi wawancara dengan tujuan yang serius. Menurut Stewart L. Tubss dan Sylvia Moss (2000), wawancara juga telah menjadi bentuk hiburan yang popular seperti disiarkan televisyen dan radio.

Wawancara mempunyai beberapa fungsi. Pewawancara dapat mengumpulkan atau menyampaikan informasi, mempengaruhi sikap orang-orang dan kadangkadang mempengaruhi perilaku mereka. Sebuah wawancara penilaian (appraisal interview) . Misalnya, sering menimbulkan pengaruh yang besar terhadap moral pegawai. Wawancara juga merupakan alat penelitian yang berharga, dimana memungkinkan pewawancara untuk mengumpulkan informasi lengkap yang dapat diperoleh hasil soal jawab atau perbualan telefon.  Wawancara juga memungkinkan pewawancara untuk menafsirkan atau menjelaskan pertanyaan-pertanyaan secara lebih mudah, sehingga meningkatkan kemungkinan mendapatkan jawapan dari sumber atau figura.
Wawancara dalam istilah lain dikenal dengan interview. Wawancara merupakan suatu metod pengumpulan berita, data, atau fakta di lapangan. Prosesnya dapat dilakukan secara langsung melalui kaedah bersemuka secara langsung (face to face) dengan sumber. Malah, boleh juga dilakukan dengan kaedah secara tidak langsung seperti melalui telefon, internet atau surat iaitu wawancara bertulis. Bagi menghasilkan sebuah berita yang baik ia diperolehi berdasarkan dari hasil wawancara di lapangan. Jika sedikit informasi yang diperoleh di lapangan, akan menyukarkan wartawan dalam menulis berita. Oleh yang demikian,  dalam melakukan wawancara, seharusnya pewawancara perlu berusaha sedaya upayakan mendapatkan data yang selengkap-lengkapnya dan menyuluh di lapangan, khususnya melalui proses wawancara. Dalam dunia jurnalistik, dikenal beberapa jenis wawancara, antara lain ialah wawancara berita (news peg interview) iaitu, wawancara yang dilakukan untuk memperoleh keterangan, maklumat atau pandangan dari  sumber tentang suatu masalah.


3.0   HASIL PERBINCANGAN

3.1               Apa yang difahami dari topik-topik yang dikupas dalam unit ini?

Wawancara sangat penting dalam dunia jurnalistik. Wawancara merupakan proses pencarian data berupa pendapat, pandangan dan pengamatan seseorang yang akan digunakan sebagai salah satu bahan penulisan karya jurnalistik. Menurut Rohana Yusof (2003), protokol wawancara digunakan supaya kita dapat mencungkil dengan lebih mendalam, jelas dan pasti daripada sumber bagi mengatasi salah tafsiran atau salah faham berkenaan tentang perkara dibincangkan itu. Melalui kaedah ini, maklumat yang mendalam dan belum diketahui umum dapat dicungkil dengan melakukan probing atau penyiasatan yang mendalam. Dengan itu, kita pasti memperolehi data dan maklumat dengan lebih banyak, sekali gus mambolehkan kita memahami perkara yang dibincangkan dengan lebih baik. Lima aspek wajib ketika wawancara bersemuka yang perlu dipenuhi kepada sumber atau figura telah digariskan dalam buku Kewartawanan Malaysia, Praktis dan Cabaran  dalam Era Revolusi Digital. Melalui aspek tersebut pewawancara dapat mengesan fikiran dan perasaan sumber berdasarkan bahasa badan dan dalam proses itu, dapat berlaku interaksi aktif antara pewawancara dan figura atau informan. Pewawancara berupaya mengemukakan soalan-soalan manakala figura akan bertindak sebagai sumber maklumat yang tahu persoalan yang diperkatakan.

Wawancara dinggap inti dalam dunia kewartawanan, penyiaran dan penyelidikan.  Kaedah mewawancara membolehkan kita mendapatkan banyak maklumat dan fakta berkaitan isu dan topik yang hendak dihasilkan.  Sejak lebih 150 tahun lalu, mewawancara menjadi sebahagian daripada kaedah “ kewartawanan baru” di Barat.  Berita, rencana, laporan TV, radio, akhbar dan majalah yang kita ikuti setiap hari, sebahagian besarnya diperoleh melalui wawancara.  Berita itu menjadi lebih segar, menarik dan bernyawa dan dengan anekdot, kutipan dan maklumat daripada sumber yang diwawancara, tidak kira sama ada mereka orang ternama, selebriti, nelayan ataupun pengemis di kaki lima. 

Hasil daripada topik yang ditemui dapat di rumuskan bahawa teknik wawancara yang betul membolehkan kita menyelongkar dan masuk ke dalam fikiran dan perasaan sumber yang ditemui.  Pandangan dan komen pakar daripada wawancara meningkatkan kreadibiliti laporan dan berita malah ia melonjakkan imej media dan pewawancara.  Sebagaimana ada pelakon dan penyanyi ang dinggap oleh rakan dan peminat sebagai berada hanya pada peringkat sederhana, begitu juga dengan pewawancara.  Ada pewawancara yang lemah dan sederhana dan ada juga yang hebat serta luar biasa dalam usaha mencungkil maklumat dalam sumber atau figura.  Pentingnya wawancara kepada wartawan, pengacara, penyiar dan penyelidik sama seperti pentingnya jarring kepada nelayan.  Dengan teknik mewawancara yang berkesan daripada peringkat prawawancara,  wawancara dan pascawawancara, ia dapat memenuhi tujuan akhir iaitu menghasilkan laporan yang bermutu.  Lemahnya berita, rencana ataupun dokumentari dan acara bicarawara TV dan radio yang disiarkan secara langsung, sebahagiannya berpunca daripada lemahnya teknik ketika wawancara secara bersemuka.  Kita dapat memilih sama ada hendak mewawancara secara bersemuka menggunakan e-mel ataupun menggunakan telefon tetapi setiap satunya memerlukan teknik tertentu.  Kemahiran yang perlu dikuasai dengan baik tentunya teknik menyoal.  Kami sangat bersetuju dalam aspek yang dibincangkan ini.  Bagaimanakah kia dapat menggalakkan supaya sumber, responden ataupun tetamu terus berminat hendak membicarakan berkenaan isu yang diperkatakan ini?  Bagaimana pula strategi menangani sumber yang degil dan bermasalah? Panduan yang dibicarakan ini dapat membantu melahirkan wartawan, penyiasat, penyelidik, pelajar serta penyiar TV dan radio yang hebat. 

Kemahiran dan pengalaman dalam teknik wawancara perlu terus dipertingkatkan.  Kita perlu belajar melalui kesalahan dan kesilapan.  Kejayaan kita dalam hidup dan kerjaya sebahagiannya ditentukan melalui bagaimana kita berinteraksi dan bersoal jawab dengan orang lain.  Kemahiran mewawancara khususnya menyoal, membantu kita dalam menjalin dan memperluaskan rangkaian persahabatn dengan orang lain.  Itulah sebabnya dalam bahagian awal topik yang diperbincangkan, dijelaskan sifat-sifat yang perlu dimiliki oleh pewawancara.  Kami yakin dan percaya apabila kami dapat menguasai kemahiran yang disampaikan dalam topik tersebut, maka kami berupaya menjadi sebagai seorang wartawan mahupun penyiar ataupun penyiasat malah pelajar dan penyelidik yang hebat.

3.2  Apakah aspek baru yang diperolehi daripada unit ini?

Melalui bab ini dan rujukan yang dibuat mengenainya, kami telah menemui beberapa maklumat baru dalam teknik ketika mewawancara bersemuka.  Selain dari pemerhatian, temuduga bersemuka adalah satu kaedah yang kerap digunakan dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan. Penyelidik dalam bidang politik, sosioekonomi, sosiologi, antropologi dan sejarah, umpamanya banyak yang menggunakan kaedah mewawancara bersemuka.  Banyak maklumat premier yang dapat diperolehi melalui kaedah wawancara kita dapat masuk ke dalam “minda, fikiran dan emosi” sumber atau figura sehingga kita lebih tahu perspektifnya apabila dilaksanakan dengan berkesan.  Perkara ini mungkin boleh dicapai melalui kaedah pemerhatian semata-mata.  Sumber mengungkapkan perkara yang terbenam atau yang tersirat di sebalik fikiran dan perasaannya.

3.2.1.  Memulakan Paparan Dengan Perasaan yang Tepat

Menerusi bab ini perbualan awal yang  bersifat santai amat penting bagi membangkitkan paparan perasaan yang selesa sebelum mendalami sesuatu persoalan-persoalan utama yang disenaraikan. Melalui proses perbualan awal ini juga  pewawancara atau wartawan akan lebih mudah menghasilkan maklumat yang diminta berbanding sumber atau figura yang diwawancara dalam keadaan tertekan. Ucapan dan nada-nada suara yag jujur dan bersahaja berupaya membentuk suasana yang tidak serius sekaligus sumber atau figura akan merasa tenang dan selesa.  

Ada sumber atau figura yang pemalu dan introvert.   Mereka tidak mahu bercakap perihal diri sendiri. Mengapa tidak “memecahkan kebuntuan” misalnya bertanyakan berkenaan kelauarga, anak, alam persekolahan, kerjaya, destinasi perlancongan, kejayaan dan hobinya?  Contohnya orang yang bermain golf suka apabila kita bertanya berkenaan golf.  Mereka yang suka memancing pula bercakap berkenaan rahsia memancing. Mereka yang berminat dengan membaca pasti tergoda bagi memperkatakan buku terbaru di pasaran. Umpankan sumber atau figura dengan “umpan” seperti itu. Mereka pasti akan termakan umpan berkenaan.

Sumber yang mempunyai kedudukan dan berkuasa selalunya sukar dipuji. Kita boleh mendekati mereka dengan pendekatan psikologi.  Misalnya, “saya tahu datuk sibuk, tetapi saya mohon jasa baik datuk supaya dapat meluangkan masa kepada saya…..” dan, begitulah seterusnya.

3.2.2    Memulakan Pertanyaan Dengan Soalan Yang Tepat

Berkesinambungan daripada aspek baru yang kami perolehi di atas, satu lagi perkara yang menarik dan menjadi pengetahuan baru ialah dalam aspek kreativiti atau menyusun teknik-teknik memulakan pertanyaan dengan teknik-teknik yang tepat. Dalam keadaan ini pewawancara perlu memastikan soalan-soalan yang diajukan kepada sumber atau figura itu merupakan soalan yang konpiten dan dalam kapasti sumber atau figura untuk menjawab. Soalan yang “kompeten dan dalam kapasiti menjawab” yang dimaksudkan dalam bab ini ialah soalan yang boleh dijawab oleh sumber atau figura dan tidak bertujuan merendah-rendahkan statusnya dalam masyarakat. Peribahasa Cina ada menyatakan sesiapa yang menanyakan soalan, “bodoh” untuk lima minit, dan sesiapa yang tidak mengemukakan pertanyaan, “bodoh” untuk selama-lamanya. Selain dari itu, menurut Voltaire, nilaikan seseorang berdasarkan soalannya bukan berdasarkan jawapannya.  Menyoal adalah satu seni. Seni memerlukan bakat dan latihan.  Lebih banyak kita berlatih, lebih tinggi peluang kita hendak mahir. Menyoal dalam wawancara adalah kemahiran istiewa.  Menyoal adalah seni persembahan. Ia membijaksanakan dan menghiburkan tetapi menyoal dalam wawancara untuk media masa, penyiasatan di dalam mahkamah dana penyelidikan mempunyai tujuan khas iaitu mendapat maklumat.  Jawapan yang diperoleh berkait rapat dengan soalan. Kita mendapat jawapan melalui soalan yang dikemukakan walaupun kadangkala ada sumber, lain yang disoal, lain pula yang dijawab. Sumber itu mungkin tidak faham dan mungkin juga boleh mengelak. Jadi, bersedialah menerima jawapan yang tidak diduga.
  
Sesi wawancara bukanlah tempat berdebat dan berhujah dengan sumber. Sebenarnya, banyak sesi wawancara adalah bersifat langsung, tidak kompleks dan sumber rela ditanya. Namun, kita pasti berdepan dengan keadaan yang berbeza. Sumber keberatan disoal, cuba mengelak, defensif dan enggan bercakap malah, ada yang bersikap agresif.  Kita pernah mendengar wartawan dihalau keluar dari kamar orang yang diwawancara. Malah ada yang mengancam merosakkan kaset ataupun memberi ancaman dan amaran yang lain, termasuk tidak mahu bercakap atau tidak mahu menjawab soalan apabila pewawancara terus menyoal perkara yang tidak disukainya. 

3.3      Apakah aspek yang telah diketahui sebelum membaca unit ini sebelum ini?

Sebelum kami membaca bab ini, kami bersetuju bahawa ada beberapa perkara yang telah kami ketahui berdasarkan pembacaan dan penilaian terhadap apa yang ditulis di dalam bab teknik wawancara bersemuka. Salah satu aspek ialah memberikan masa secukupnya kepada sumber. Teknik ketika wawancara bersemuka adalah memakan masa. Masa kita dan juga masa sumber atau figura. Masa yang diambil mungkin hanya lima minit dan boleh juga berpanjangan, menjadi tiga jam ataupun lebih. Bagaimanakah cara terbaik mendapat sebanyak mungkin fakta, maklumat dan pandangan atau emosi sumber atau figura dalam waktu itu. Elakkan daripada tergesa-gesa dan tercunggap-cunggap atau berpeuh-peluh hanya hendak memastikan kita menepati masa. Bersikap seperti seorang professional. Berpakaian sesuai majlis dan tokoh atau sumber yang diwawancara.

Semasa sesi sebenar, pastikan pewawancara memeperkenalkan diri terlebih dahulu. Bersalaman dengan genggaman tangan yang wajar, jika perlu. Kemukakan soalan yang ringgan yang berlegar di sekitar minat subjek bagi membangkitkan subjek. Elakkan terus mengemukakan soalan. Jangan lupa memperkatakan isu berkenaan terlalu lama atau sehingga menampakkan pewawancara seolah mahu membodek dengan cara yang keterlaluan. Yang penting, pastikan hubungan baik dapat dijalinkan di peringkat ini, dan sumber atau figura diletakkan dalam keadaan yang selesa dan tidak tertekan.

3.4      Pengalaman sama ada secara langsung ataupun tidak yang mempunyai perkaitan dengan bab ini.

Bagi menggalakkan dan meransangkan sumber atau figura supaya memberi respons, sebagai pewawancara, kita perlu bijak memanfaatkan pendekatan tertentu. Pendekatan menjadi bertambah penting apabila kita adalah seorang pengacara radio, lebih-lebih lagi pengacara TV yang rancangannya disiarkan secara langsung. Pengacara yang kreatif dan berpengalaman perlu bijak mengemukakan soalan. Ini perlu dibantu oleh bahasa tubuh yang positif semasa ke udara malah, pelbagai perkara yang tidak diduga boleh berlaku semasa hendak ke udara.

Salah seorang dari ahli kumpulan kami ini mempunyai beberapa pengalaman yang melibatkan pertemuan beliau dengan wartawan di dalam majlis-majlis yang dihadiri oleh orang-orang kenamaan seperti Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia.  Ada di antara pengalaman ini pengalaman yang positif dan ada yang negatif.  Antara pengalaman yang baik dialami oleh beliau ialah apabila sesi sidang akhbar di Majlis Konvokesyen Kolej Sains Kesihatan Bersekutu kali keempat tahun 2008 di PICC Putrajaya.  Oleh kerana penglibatan beliau sebagai salah seorang liaison officer (pegawai perhubungan) dan sentiasa mengiringi Yang Berhornat ketika itu, beliau telah berpeluang melihat dan mengalami situasi sewaktu sesi press conference (sidang akhbar), yang mana lebih kurang enam dari wakil pelbagai akhbar di Malaysia dilangsungkan. Pengalaman ini telah meransang dan membuka minda beliau untuk mengetahui perjalanan sebenar dan situasi wawancara bersemuka yang dialami.   

Sewaktu sidang akhbar berlangsung, perasaan beliau iaitu salah seorang dari kumpulan kami ini mendapati para wartawan yang mewawancara Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan, benar-benar telah menggunakan teknik-teknik mewawancara yang betul. Keadaan ini dapat dijiwai lagi oleh beliau setelah mempelajari kaedah menjalani sesi wawancara menerusi subjek ini. Tidak rugi pengalaman tersebut kerana dapat menjadi satu contoh pengalaman yang menarik dan sesuai dengan keadaan pembelajaran kewartawanan ini. Para wartawan yang terlibat dalam bidang kewartawanan akhbar, yang kesemuanya ditempatkan dalam satu bilik sidang akhbar.  Semasa berada bersama mereka, ahli kumpulan kami ini mendapati bahawa keseluruhan wartawan itu mempunyai komitmen yang sangat tinggi apatah lagi dalam memastikan maklumat-maklumat semasa sentiasa tidak tertinggal.

Soal jawab di antara para wartawan di bilik sidang akhbar ini memberi gambaran bahawa mereka sentiasa mengemaskini berita dan isu semasa untuk membentuk  laporan yang mahu dibuat kerana ianya melibatkan kenyataan oleh pemimpin-pemimpin negara yang ada diantaranya agak sensitif kerana isu atau masalah yang melanda negara pada ketika itu.  Ada kenyataan yang timbul di dalam sidang akhbar adalah kenyataan-kenyataan yang sensitif dan jika salah dilaporkan akan menimbulkan ketidakpuasan pihak-pihak tertentu. Situasi Ini mamperlihatkan kepatuhan para wartawan tersebut kepada etika-etika kewartawanan dan pengetahuan yang tinggi dalam menggendalikan sesi ketika wawancara bersemuka.

Walau bagaimanapun, ada juga pengalaman negatif yang dialami oleh ahli kumpulan kami ini iaitu semasa sesi ini di mana terdapat segelintir wartawan kurang mesra dan ini bertentangan ketika sesi mewawancara ini. “Wartawan mestilah berbudi pekerti ketika menjalankan tugas.....”.  Sikap ini perlu ditunjukkan seolah-olah mereka mesti menjaga perasaan dan keselesaan sumber atau figura tersebut.

3.5       Aspek-aspek yang dapat dipelajari daripada bab tersebut.

Melalui unit ini, kami memahami beberapa aspek tentang teknik ketika mewawancara terutama mengenai amalan dan tindakan semasa pewawancara mengendalikan sesi wawancara berlangsung. Apabila tiba saatnya sesi wawancara, pewawancara perlulah memerhatikan  pekara-pekara  berikut:

3.5.1    Menjaga Suasana

Ini sangat penting dalam pelaksanaan wawancara dibuat lebih rileks, sehingga berjalan dengan santai tidak terlalu formal meskipun membahaskan topik yang serius. Untuk mewujudkan suasana yang nyaman dan baik memerlukan masa, oleh itu sebelum memasuki tajuk  yang hendak diperkatakan lebih elok kalau dibuka dengan soalan-soalan yang umum. Misalnya, mulakan dengan soalan berkaitan dengan  kesihatan, hobi dan sebagainya yang mungkin dapat menenangkan panel. Soalan-soalan yang berbentuk umum ni penting dalam memulakan sesi kerana untuk panel yang pertama kali diwawancara mesti gugup dan takut. Soalan yang berbentuk santai dapat membantu panel dalam menenangkan keadaan panel sebelum soalan yang utama diutarakan.

Dalam menjaga suasana ketika wawancara, pewawancara mestilah tidak membuat panel marah atau tersinggung, ini akan menyebabkan sesi menjadi hambar dan terputus. Jangan marah-marah atau mengajuk pada panel ini akan menyebabkan panel menjadi marah dengan pewawancara, maka jawapan yang diperolehi juga akan terjejas.


3.5.2      Bersikap Wajar

Dalam sesi wawancara seringkali pewawancara berhadapan dengan panel yang berwibawa atau Pakar dalam sesuatu bidang.  Namun demikian tidak perlu rendah diri atau meninggikan diri dari panel, seharusnya pewawancara engimbangi keadaan dekian . Pewawancara juga seharusnya bijak dalam  mencegah panel dari berceramah, oleh karana itu persiapan menghadapi berbagai karakter ini sangat diperlukan oleh seseorang pewawancara yang bijak. Oleh sebab itu, sebelum sesi wawancara persiapan perlu dibuat oleh pewawancara, seperti dalam menguasai tajuk perbincangan  dan  mengetahui latang belakang panel supaya persoalan yang ajukan kepada panel dan jawapan yang diberikan tepat dan tidak terpesong. Pewawacara juga perlu membuat sedikit analisis dalam membuat soalan berkaitan dengan tajuk perbincangan. Supaya soalan yang diajukan adalah soalan yang berkualiti dan mencapai objektifnya.


3.5.3    Memelihara Situasi

Secara tidak sedar mungkin sesuatu sesi wawancara sering terbawa-bawa  emosi, sehingga lupa objektif sebenar  sesi wawancara itu, kerana itu dalam wawancara khususnya pewawancara harus pandai memelihara situasi supaya sesi tidak terpesong dari objektif dan Juga perlu menghidari dari situasi perbahasan atau perdebatan yang berpanjangan atau bertindak keterlaluan  sampai menjurus ke arah interograsi dan menghakimi. Contohnya, wawancara dengan seorang pegawai kesihatan terkaitan dengan wabak denggi, disebabkan halangan dari sudut etika kedoktoran iaitu berkaitan dengan kerahsian. Disebabkan itu, pewawancara memaksakan panel, sehingga menimbulkan ketegangan pada pihak penal berkenanan,jika pewawancara bersikap demikian wawancara berkenaan tidak mencapai matlamatnya.. Dalam menghadapi situasi seperti itu pewawancara harus mampu mencari jalan atau kaedah lain untuk kembali pada landasan sebenar, agar mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

3.5.4.   Tangkas Menarik Kesimpulan

Pada saat wawancara berlangsung dituntut untuk secara setia mengikuti setiap jawaban yang diberikan nara sumber untuk menarik kesimpulan dengan tangkas. Dengan kesimpulan yang tepat wawancara terus berlaku telus. Kesalahan yang sering dilakukan wartawan pada saat mengambil kesimpulan kurang tangkas, sehingga sumber atau figura perlu dan terpaksa mengulang kembali apa yang telah disampaikan. Jika keadaan ini terjadi berulangkali maka akan membuatkan sumber bosan, sehingga wawancara tidak berkembang, membuat pintu informasi menjadi tertutup. Akibat yang paling parah kehilangan sumber berita, kerana sumber atau figura takut salah diberitakan. Bagi sumber atau figura yang teliti dan kritis, satu persatu kalimat akan diamati. Kesalahan dan keciciran maklumat ini harus dihindari dalam setiap wawancara, Jangan takut memminta pernyataan diulang, sekiranya ada kata yang kurang jelas seperti ucapan bahasa Inggeris harus diamati kebenaran makna serta ejaannya.

3.5.5.   Tidak Tersasar Dari Tajuk Persoalan

Menjaga topik persoalan supaya tidak tersasar adalah sangat penting dalam setiap wawancara ini kerana maklumat yang banyak akan diperolehi dan maklumat yang diperolehi adalah tepat dan jelas.  Seringkali dalam dalam menjaga persoalan agar tidak tersasar perasaan kagum akan berlaku disebabkan panel yang diwawancarakan mungking seorang yang diminat oleh pewawancara ataupun seorang yang disegani oleh masyarakat setempatan. Adakalanya, pewawancara akan mengikut sahaja apa kata sumber didalam menjaga keadaan ini. Topik mestilah tidak tersasar dari landasan perbincangan malah perlu lebih bernas dalam memberi pandangan dan perjelasan supaya hasil maklumat nanti adalah yang berkualiti.  Contohnya, untuk mendapat gambaran yang lebih jelas berkaitan dengan sesuatu masalah pada awalnya memang panel akan bercerita tentang masalah tersebut tetapi di tengah-tengah pembicaraan panel ke arah lain dan menyimpang dari tajuk persoalan. Jika ini berlaku cepat-cepat pewawancara perbetulkan keadaan itu, mungking dengan mengingatkan pada panel agar memberi perjelasan berkaitan dengan tajuk sahaja.

3.5.6    Kritis

Sikap kritis perlu dikembangkan dalam wawancara agar mendapat informasi yang lebih terperinci  dan selengkap-lengkapnya. Untuk itu diperlukan kebijaksanaan pewawancara dalam menangkap persoalan yang berkaitan dengan pokok pembicaraan yang sedang dibincangkan. Kritis merupakan kaitan dengan kemampuan menangkap setiap kata dan jawapan yang disampaikan oleh panel.
Kekritisan tersebut tidak hanya bersandar pada topik persoalan, tetapi juga memahami  gerakan-geri panel yang diwawacarakan. Berkait dengan tajuk persoalan jikalau kritis dapat memahami gerak-geri itu, maka maklumat yang diterima atau data dari sumber panel adalah salah  diungkapkannya. Baik itu tentang angka, tempat kejadian dan sebagainya. Ini penting  sebagai bahan untuk menuliskan laporan, sehingga benar-benar tepat dan sahih. Misalnya, kalau perlu ketika panelsedang memberikan keterangan dalam keadaan gelisah, terus menerus mengepulkan asap rokok dan sebagainya,perbuatan ini harus ditangkap oleh pewawancara sebagai isyarat yang yag boleh dimasukkan dalam laporan. Dengan demikian pembaca mendapat gambaran tepat dan jelas.

3.5.7    Sopan Santun

Dalam wawancara sopan santun perlu dijaga, kerana ini bersangkutpaut dengan adat resam budaya masyarakat tempatan. Setiap gerak-geri pewawancara dan panel diperhatikan oleh orang ramai jika wawancara itu dibuat secara langsung dari studio televisyen. Perhubungan antara pewawancara dengan panel juga penting, sebelum dan selepas wawancara, pewawancara perlulah meminta izin dahulu dari panel. Nada suara perlu perlu bersesuaian dan sedap didengar oleh panel. Hubungan diantara panel dengan pewawancara mestilah berterusan bukan berakhir bila sesi wawancara ini selesai. Ini kerana mungkin pewawancara memerlukan balik khidmat panel itu semula untuk berlain topik. Pekara-pekara  yang perlu diambil perhatian dalam mengadakan wawancara berkaitan dengan sopan santun adalah ;

a)  Tidak perlu marah bila panel yang menjadi sasaran wawancara menolak dengan alasan sibuk. Mencuba dan mencuba lagi, agar diberi peluang untuk wawancara merupakan suatu usaha yang berterusan, sampai mendapat peluang untuk membuat temujanji.
b)  Temujanji boleh dibuat melalui telefon atau pun datang membuat wawancara di rumah panel.
Segalanya terserah pada panel yang hendak diwawancarakan. Mengikut keselesaan panel. 
c)   Elakkan datang lambat semasa wawancara. Ini akan menjatuhkan imej baik pewawancara dan organisasi yng diwakili oleh beliau.
d)  Jangan sampai salah menyebut dan mengeja nama orang yang diwawancarakan agar tidak menyigung perasan panel. 
e)  Periksa kembali peralatan tulis apakah sudah lengkap, kerana kalau sampai ada peralatan tidak lengkap boleh  membuat suasana awal dari wawancara menjadi kurang berkesan.
f)  Perjelaskan tujuan sebenar mengapa wawancara ini perlu dilakukan agar panel dapat membuat persediaan awal sebelum wawancara bermula.
g)  Tidak perlu menjanjikan kepada panel hasil wawancara pasti disiarkan, tetapi boleh memberikan keyakinan pada panel bahawa hasil dari wawancara ada kegunaannya.


 3.6       Kritikan-kritikan terhadap topik-topik yang ditulis dan dikupas itu.

Tiada kritik yang ingin kami berikan mengenai penulisan dan kupasan topik di dalam unit ini, cuma kami berpendapat bahawa kebanyakan bahan yang dimuatkan di dalam unit ini merupakan petikan-petikan dari buku, akhbar atau jurnal dan kurang penerangan yang jelas tentang sesuatu topik tersebut.  Bagi penuntut yang kurang mahir di dalam Bahasa Inggeris, ini mungkin menjadi sedikit penghalang kepada mereka tentang apakah yang ingin disampaikan melalui modul ini kerana interpretasi yang silap mengenai sesuatu penerangan di dalam Bahasa Inggeris itu ungkin berbeza dengan maksud sebenar yang ingin disampaikan.
     
     Walau bagaimanapun, sebagai seorang pelajar atau penuntut, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk berusaha dan mencari jalan agar apa yang dinyata atau dijelaskan di dalam sesebuah modul itu dapat difahami dengan baik samada melalui penggunaan kamus atau merujuk kepada seseorang yang mahir atau mempunyai ilmu pengetahuan di dalam bidang tersebut.  Rujukan dan pencarian bahan juga perlu rain dilakukan oleh penuntut atau pelajar tersebut.

3.7       Topik-topik tambahan yang difikirkan perlu dimuatkan ke dalam bab.

Pada pendapat kami, di antara topik-topik tambahan yang boleh dimuatkan ke dalam bab teknik wawancara bersemuka ini ialah seperti berikut:

3.7.1    Kebaikan wawancara besemuka
a)      Sampel dapat dikawal.
b)      Kadar respon yang tinggi
c)      Pewawancara dapat mengelakkan sumber atau figura supaya bercakap.
d)      Pewawancara dapat memperolehi  jawapan yang lebih mendalam malalui langkah-langkah proses mewawancara yang dikemukakan oleh Taylor dan Borgan (1984), di mana pewawancara dapat melihat dan mendengar secara lebih objektif perkara-perkara subjektif dari sudut sumber atau figura, antaranya ;
-     Mewujudkan hubungan mesra dengan sumber atau peserta kajian.
-     Empati dan sensitive pada sumber
-    Sentiasa memperlihatkan minat pada pandangan dan pengalaman sumber dengan menjadi pendengar yang aktif.
-    Mewujudkan keadaan yang selesa dan sumber merasa santai sepanjang sesi wawancara.
-     Meyakinkan sumber perbincangan itu adalah rahsia (Rohana Yusof, 2003)
e)  Hubungan mesra dapat di dijalinkan antara  pewawancara dengan sumber atau figura.
f)  Pewawancara dapat mengetahui sama ada sumber faham dengan soalan yang dikemukakan.
g)   Tindak balas sumber atau figura dapat dikaji.
h)   Subjek lebih suka diwawancara daripada menjawap soal selidik.
i)  Pewawancara dapat memerhatikan bahasa tubuhnya sama ada selari dengan jawapannya. Jawapan yang tidak ikhlas dapat dikesan.


3.7.2        Kelemahan Wawancara bersemuka

a)     Mengambil masa mengenalpasti sumebr atau figura.
b)     Kos lebih tinggi
c)  Pewawancara dapat mempengaruhi jawapan sumber melalui teknik soalan ataupun bahasa tubuhnya.
d)     Profil wawancara seperti jantina, usia, kelas sosial, kaum dan sebagainya.
e)     Pewawancara dapat mempengaruhi jawapan sumber atau figura.

      Memandangkan persoalan pewawancara bertujuan mendapatkan jawapan yang mendalam, maka pewawancara perlu memastikan persoalan penting tidak tercicir. Apabila berlakunya soalan tercicir, tentu sukar bagi pewawancara hendak membuat temu janji lain. Kelalaian adalah merugikan daripada segi masa dan kos. Mungkin pewawancara terpaksa kembalai ke tempat sumber tinggal jauh di pedalaman.

3.8  Andaikan anda diberi peluang menyusun kembali bab ini, apakah aspek yang anda ingin ubah, buang, dan tambah agar lebih berkesan?

Jika kami diberi peluang ini, tidak banyak yang kami ingin mencadangkan, kerana keseluruhan pada penilaian kami ruangan bab ini malah buku ini telah berupaya menjadi satu buju rujukan yang tepat dan sesuai bagi peringkat para pengamal media memulakan tugas atau menilai kembali tugasan mereka. Keringkasan isi yang dipersembahkan memudahkan para penyelidik  untuk merujuk dan memahami secara tangkas.

3.9  Bagaimanakah pengetahuan yang anda perolehi daripada kursus ini dapat memberi manfaat kepada kehidupan seharian anda?

Memandangkan kami tidak terlibat di dalam bidang pengumpulan berita, tiada pelaporan berita yang kami buat yang akan melibatkan orang ramai seperti pembaca secara langsung.  Walau bagaimanapun, sebagai petugas-petugas kerajaan, ada masanya kami berhadapan dengan situasi di mana kami perlu membuat laporan berkaitan sesuatu isu yang melibatkan pelanggan dan kumpulan sasar kami.  Oleh itu, pengetahuan mengenai “teknik ketika mewawancara bersemuka” ini boleh dimanfaatkan semasa kami mengendalikan sesi wawancara kelak.

Misalnya, Saudara Mazlan Mansor bertugas di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sg. Buloh dan ada masanya di mana beliau terlibat dengan temubual, wawancara dan soal selidik dengan program-program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kolej bagi mendapatkan maklum balas pelanggan dan ahli korporat. Situasi ini adalah bagi mendapat pekembangan dan maklumbalas sumber tentang hal-hal dan isu semasa tentang program  dianjurkan khususnya Bahagian Pengurusan Latihan yang bertenpat di Putrajaya. Bagi Saudara Mohd Haris Faruqi Nor Rahim pula yang bekerja di Unit Kaunseling, Jabatan Pelajaran Putrajaya, pengetahuan yang didapati ini akan dapat digunakan dalam mengendalikan sesi penyelesaian masalah dan melancarkan proses kaunseling sercara lebih tersusun dan positif. Manalaka Saudari Norliza Othman yang bertugas di Jabatan Inovasi dan Pembangunan Generasi Baru FELDA pula, pengetahuan ini dapat digunakan dalam menangani pemerolehan maklumat atau informasi di kalangan generasi-generasi baru FELDA serta pihak pengurusan berkaitan dengan projek pembangunan, perancangan jabatan dan, kemudahan-kemudahan yang ada untuk mereka dan sebagainya.  Oleh itu, maklumat dapat disalurkan dengan tepat dan telus kepada pihak-pihak yang berkaitan

Secara keseluruhannya, bab ` teknik ketika mewawancara’ ini juga bermanfaat dalam kehidupan seharian kita sebagai pewawancara mahu pun sebagai seorang pelajar.  Kita sentiasa berhadapan dengan orang lain sama ada secara individu mahupun dalam bentuk kumpulan.  Kaedah kita mengendalikan wawancara mempengaruhi sesi  dan situasi kelancaran informasi dari sumber. Oleh itu, dengan memahami bab ini kita akan dapat menjadikan sesi wawancara kita dengan sumber atau figura akan lebih infektif.
 
4.0   Kesimpulan

Wawancara dianggap teras dalam teknik pengumpulan berita khususnya dalam dunia kewartawanan, penyiaran dan penyelidikan. Kaedah mewawancara membolehkan kita mendapatkan banyak maklumat dan fakta berkaitan isu dan topik yang hendak dihasilkan. Sejak lebih 150 tahun lalu, mewawancara menjadi sebahagian daripada kaedah ‘kewartawanan baru’ di Barat. Berita, rencana, laporan TV, radio, akhbar dan majalah yang kita ikuti setiap hari, sebahagian besarnya diperoleh melalui wawancara. Berita itu menjadi lebih segar, menarik dan bernyawa dengan adanya anekdot, kutipan dan maklumat daripada sumber yang diwawancara; tidak kira sama ada mereka orang ternama, selebriti, nelayan ataupun pengemis di kaki lima.

Bab ini dihasilkan bagi membantu melahirkan wartawan, penyiasat, penyelidik, pelajar serta penyiar TV dan radio yang hebat. Di atas kesedaran kekurangan rujukan seumpamanya dalam bahasa Melayu di negara kita, maka bab ini malah buku ini berupaya menimbulkan kesedaran bagi pembacanya. Bab ini telah dihasilkan berdasarkan pengalaman penulis Saiful Nujaimi Abdul Rahman,  mewawancara pelabagi sumber. Ia juga berdasarkan pengalaman penulis sebagai sumber yang diwawancara oleh wartawan, radio dan media cetak, serta pengalaman sebagai pensyarah komunikasi di universiti selama 12 tahun.

Kemahiran dan pengalaman dalam teknik mewawancara perlu terus ditingkatkan. Pembaca akan belajar melalui kesalahan dan kesilapan. Kejayaan dalam hidup dan kerjaya sebahagiannya ditentukan melalui bagaimana kita berinteraksi dan bersoal jawab dengan orang lain. Kemahiran mewawancara, khususnya menyoal membantu kita dalam menjalin dan memperluas rangkaian persahabatan dengan orang lain. Itulah sebabnya dalam bahagian awal buku ini dijelaskan sifat-sifat yang perlu dimiliki oleh pewawancara. Percayalah, apabila anda dapat menguasai kemahiran yang disampaikan di dalam buku ini, kami berupaya menjadi wartawan, penyiar, penyiasat, pelajar dan penyelidik yang hebat.


5.0  Rujukan
  • Saiful Nujaimi Abdul Rahman. (2009). Kewartawanan Malaysia – Praktis & Cabaran dalam Era Revolusi Digital.Malaysia: Prentice Hall, Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
  • Muhamad Rosli Selamat. (2001). Prinsip dan Amalan Kewartawanan – KOJ 3332.Universiti Putra Malaysia: Institut Pendidikan dan Pembelajaran Jarak Jauh (Ideal).
  • Adams, Sally.(2001) Interviewing for Journalist. London:Routlege,
  • Brady, John.(2004) Interview’s  Handbook. Canada : The writer books.
  • Biagi, Shirley.(1992) That Work, 2nd Edition. Belmont: Wodsworth Publishing.
  • Rohana Yusof. (2003). Penyelidikan Sains Sosial. Bentong : PTS Publications & Distributors.
  • Syed Arabi Idid (1998) Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka.
  • Wan Abdul Kadir.(2003) Pengkaedahan Penyelidikan Pengajian Melayu. Kuala Lumpur : Akademik Pengajian Melayu, Universiti Malaya.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan