Jumaat, 30 Mac 2012

Program Kesihatan Persekitaran

Program Kesihatan Persekitaran



Sejarah Program

Bagi Program Diploma Kesihatan Persekitaran, berdasarkan fakta sejarah yang dahulunya dikenali sebagai kursus Inspektor Kesihatan telah dijalankan di Royal Sanitary Institute, di Singapura dari tahun 1921 hingga 1958 di mana profesen tersebut dikenali sebagai ‘’Sanitary Inspector’’. Program latihan basik Inspektor Kesihatan di Malaysia bermula pada tahun 1958 bertempat di Sekolah Latihan Jalan Tanglin sehinggalah ianya berpindah ke Maktab Kesihatan Umum di Jalan Bangsar pada 1965 yang kini dikenali sebagai Institut Kesihatan Umum sehinggalah tahun 2004.

Pada Januari 2005, bermula era baru di mana latihan asas tiga (3) tahun kursus Diploma Kesihatan Persekitaran telah beroperasi di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh iaitu dua tahun pertama di kolej dan tahun akhir di Pusat Latihan Klinikal.

Dari tahun 1985 hingga 1975 nam jawatan Inspektor Kesihatan diperingkat awal diberi nama "Merinyu Kesihatan Umum" dan pada tahun 1976 hingga 2001 dikenali sebagai Inspektor Kesihatan. Akhirnya pada tahun 2002 sehingga sekarang jawatan ini dinyatakan sebagai ‘’Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran’’.

Menyingkap kembali sejarah kurikulum kursus Diploma Kesihatan Persekitaran (DKP), beberapa pindaan kurikulum telah dilakukan bermula dari sistem penggal sehinggalah ke sistem kredit iaitu Purata Nilai Gred Kumulatif atau PNGK yang diamalkan sekarang bermula dengan ambilan DKP Bil. 5/2001. Tujuan asal penggunaan sistem kredit ialah untuk memberi ruang kepada para graduan untuk melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Graduan lepasan KSKB Sungai Buloh berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda di Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Mara dan Universiti Kebangsaaan Malaysia.

Dengan adanya pembelajaran berterusan daripada peringkat diploma ke pringkat ijazah sarjana muda, ini akan memberi ruang peningkatan perkembangan kerjaya mereka dan seterusnya berkeupayaan meringtangi cabaran-cabaran baru yang bakal dihadapi apabila berkhidmat nanti. Sehubungan itu adalah diharapkan perkembangan ini akan memberi galakan kepada para graduan begi menerapkan konsep perkhidmatan cemerlang sejajar dengan kehendak kementerian.

Bagi kursus latihan basik Pembantu Kesihatan Awam (PKA), pelatih-pelatih adalah terdiri daripada anggota yang sedang berkhidmat dengan kerajaan (in-service). Pengambilan pertama pada April 2005 menggunakan kurikulum lama iaitu pembelajaran teori selama 6 bulan di kolej dan 6 bulan lagi di penempatan latihan klinikal Pejabat Kesihatan Daerah. Setelah menjalani kursus selama setahun, graduan akan dianugerahkan Sijil Pembantu Kesihatan awam.